CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Langit Ilahi Store

Wednesday, February 23, 2011

jika kamu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Jika kamu terlalu bangga dengan kehebatan ilmu yang kamu miliki, ketahuilah bahawa ia hanya sedikit sahaja dari ilmu yang Allah berikan berbanding dengan ilmu (mukjizat) yang diberikan pada Nabi Musa a.s yang membelah lautan serta menjelmakan ular yang besar dari tongkatnya..
.......................................................................................................................................................................
Jika kamu terlalu bangga dengan kekayaan harta dan kemegahan istana atau rumah-rumah yang kamu miliki, ketahuilah bahawa ia hanya sedikit sahaja dari kekayaan dan kemegahan istana yang Allah berikan pada Nabi Sulaiman a.s, malah Nabi Sulaiman a.s diberi kuasa mengawal angin dan jin serta boleh berkata-kata dengan semua makhluk Allah..
.......................................................................................................................................................................
Jika kamu rasa terlalu bangga dengan kekacakan yang ada pada dirimu atau pada kekasihmu, ketahuilah ia hanya sedikit sahaja dari kekacakan yang Allah berikan pada Nabi Yusuf a.s.
....................................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment