CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Langit Ilahi Store

Friday, February 25, 2011

ibuku pembohong!!!!!

Untuk renungan kita bersama



Memang sukar utk orang lain percaya, tapi itulah yg berlaku. Ibu saya memang seorang

 pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala  pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua....

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya dilahirkan sebagai  seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan  minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya  selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor  ikan masin dikongsi 1 keluarga.

Sebagai anak yg masih kecil, saya sering saja merungut. Saya  menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi ibu cepat  memujuk. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian  nasinya utk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya,  ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar, ibu yg gigih sering meluangkan waktu  senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan  sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik. Pulang memancing, ibu memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, ibu  duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang  menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg sy makan tadi.

Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IYANG KEDUA.

Di awal usia remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke  kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan saya, abang dan kakak. Suatu  dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya  melihat ibu sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di  hadapannya.

Beberapa kali saya lihat kepala ibu terhangguk kerana terlalu  mengantuk. Saya berkata: "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu  tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan  penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai  menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu  sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini  dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan  cawan saya itu untuk ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu  cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, ibu tak haus."
- PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT

•Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru  beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di  kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan

•Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami  semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang  semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu ibu. Anehnya, ibu menolak  bantuan itu.
      Jiran-jiran sering menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga ibu dan mencarikan wang untuk kami  sekeluarga. Tetapi ibu yang memang keras hatinya tidak  mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

•Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat saja di  rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang  mata untuk mencari duit.
\Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi pasar setiap pagi menjual  sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan  abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang  untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang  tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu, dan ibu berkata: "Jangan susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai  sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi  dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat  yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar Negara.

•Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan  pula.

•Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu  menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

•Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya  menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat  ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani  pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.

•Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku  kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci  tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu  telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah  dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.

Saya cium tangan ibu, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam  keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN. •Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir  kali....
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh  memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya  nanti, dan berkata: "IBU, SAYA SAYANGKAN IBU."

•Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN IBU...

Renungkanlah.....!!



Wednesday, February 23, 2011

jika kamu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Jika kamu terlalu bangga dengan kehebatan ilmu yang kamu miliki, ketahuilah bahawa ia hanya sedikit sahaja dari ilmu yang Allah berikan berbanding dengan ilmu (mukjizat) yang diberikan pada Nabi Musa a.s yang membelah lautan serta menjelmakan ular yang besar dari tongkatnya..
.......................................................................................................................................................................
Jika kamu terlalu bangga dengan kekayaan harta dan kemegahan istana atau rumah-rumah yang kamu miliki, ketahuilah bahawa ia hanya sedikit sahaja dari kekayaan dan kemegahan istana yang Allah berikan pada Nabi Sulaiman a.s, malah Nabi Sulaiman a.s diberi kuasa mengawal angin dan jin serta boleh berkata-kata dengan semua makhluk Allah..
.......................................................................................................................................................................
Jika kamu rasa terlalu bangga dengan kekacakan yang ada pada dirimu atau pada kekasihmu, ketahuilah ia hanya sedikit sahaja dari kekacakan yang Allah berikan pada Nabi Yusuf a.s.
....................................................................................................................................................................

Monday, February 21, 2011

jalan2 tarbawi.....

salam perjuangan semua!!!!!!
tadi saya jalan2 la kat blog sorang junior saya masa kat matri dulu .......and then baca la satu blog post dye yang bertitle "SURAT KASIH" tgk title cam best je,,,,tu yang baca.....rupa2nya surat kasih itu adalah salah satu game yg penah kmi wat mse pegi kem kat matri dulu.....game tu cmni,,,,setiap peserta adalah anak kepada si penulis surat itu.Surat itu ditulis oleh seorang ibu kepada anaknya.cerita ttg seorang ibu yg pi menunaikan haji dan tak pulang2 coz tgh sakit kat mekah,,,so,,,dye hantar la surat kat anaknya yg berada di malaysia......pastu fasi akan baca isi kandungan surat itu dan meminta setiap peserta membalas surat tersebut dalam masa 30 minit.....
>
>
pastu junior saya ni citer la yg dye cukup berkenan la dgn balasan surat salah seorang peserta......
>
so,saya pon baca la surat balasan tu........surat tu cukup2 menyentuh hati saya,,,,,,,betapa peserta itu seorang yg btol2 faham akan tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini dan sebagai anak yg bertakwa.....
>
>
>
jadi.........
>
saya pon tertanya-tanya la..........sapa la yg tulis cmni......cukup jelas fikrahnya ttg dakwah islamiyah......
so, saya pon meneruskan pembacaan (dalam hati nak tau sapa yg tulis surat tu)
dan pada fikiran saya mesti saya kenal sapa penulisnye coz mestila student matri jgk orgnye......
dan,,,,,,,,,,,,,,,,,
>
>
menitis air mata saya bila tau sapa orangnya....."Ya Allah sesungguhnya Kau maha mengetahui apa yg tak aku ketahui......."
>
>
si penulis itu..............
>
>
>
>
mmg saya kenali......
>
>
>
>
dialah.......ammar zulkifli yang telah kembali ke rahmatullah pada 2009 yang lalu.....
betapa sebaknya saya,,,sesungguhnya Allah lebih menyayangi dye.......walaupun taklah kenal sangat dgn arwah tapi saya selalu dgr cerita2 yang baik2 ttg dye......semoga arwah tergolong dalam kalangan orang beriman.
.amin..........
sapa yang nak tau dgn lebih detail lagi bolehla bkak blog dye
surat kasih

Sunday, February 20, 2011

ya Allah.....tadi dok tengok satu blog koleksi video tarbawi..taktau la nak kata pe.....btol2 rasa sebak bila tgk vid ttg rasulullah "Kau Istimewa" betapa baginda shbt sanggup berkorban jiwa dan raga demi utk menegakkan islam...ALLAHUAKBAR.....dah tak kisah pasal kepentingan diri sendiri....


CIK "SITI" oii!!!

Seekor tikus mengintip di balik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya membuka sebuah bungkusan. Ada makanan fikirnya? Tapi si Tikus terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus. Si Tikus pun Lari kembali ke ladang pertanian, lalu berteriak memberi peringatan. "Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah, hati-hati, ada perangkap tikus di dalam rumah!" Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil tetap menggaruk tanah, mengangkat kepalanya dan berkata, "Ya maafkan aku, Pak Tikus, aku tahu ini memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku pening kepala." Sang Tikus merasa sedih dan pergi menuju sang Kambing, dan berkata, "Ada perangkap tikus di dalam rumah, sebuah perangkap tikus di rumah!" "Wah, aku menyesal dengar khabar ini," si kambing menghibur Si Tikus dengan penuh simpati, "tetapi tak ada sesuatupun yang boleh kulakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doa doaku!" Dengan raut sedih Sang Tikus kemudian berbelok menuju si Lembu. " Oh? sebuah perangkap tikus, jadi saya dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil tertawa terkekeh-kekeh. Akhirnya sang tikus pun kembali ke rumah dengan kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian. Malam itu juga terdengar suara bergema diseluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berhasil menangkap mangsanya. Isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Di dalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahwa yang terjebak itu adalah seekor ular yang sangat berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke hospital. Si Isteri kembali ke rumah dalam keadaan menggigil, demam. Sudah menjadi kebiasaan setiap orang yang sakit demam panas, ubat pertamanya adalah dengan diberikan sup ayam segar yang hangat, jadi petani itu pun mengambil pisaunya dan pergi ke kandang ayam untuk memotongnya dan dijadikan Sup Ayam. Namun bisa ular tersebut sangat ganas, Penyakit isterinya tak kunjung sembuh sehingga teman-teman dan tetangganya datang menjenguk, dari jam ke jam selalu ada saja para tamu. Petani itu pun menyembelih kambingnya untuk menjamu para tamu yang datang. Tak cukup disitu, Isteri petani itu lalu meninggal, sehingga makin banyak lagi orang-orang yang datang untuk melawat/berziarah ke pemakamannya sehingga petani itu terpaksalah menyembelih lembunya agar dapat memberi makan para pelawat itu.
 ----------------------------- .
>
>
konklusinya
>
>
 Jika anda mendengar ada seseorang yang menghadapi masalah, janganlah anda berfikir bahwa masalah tersebut tidak ada kaitannya dengan anda, ingatlah bahwa sebuah "perangkap tikus" dapat menyebabkan seluruh "ladang pertanian" ikut menanggung risikonya. Ladang Pertanian Ibarat Lingkungan Kita Sehari2. Maka berhentilah Mementingkan Diri Sendiri. Berhentilah Memikirkan Keselamatan Sendiri  Kerana sikap mementingkan diri sendiri lebih banyak keburukan daripada kebaikanya. Mari kita buang sifat2 yang di wakili oleh tokoh cerita di atas. si Ayam (Cuek) , si Lembu (Menertawakan orang lain), si Kambing (Munafik) dan si Ular (Lengah hingga terperangkap).  Teman-teman dan orang yang anda cintai diibarat seekor Tikus yang hendak diperangkap oleh iblis dan bala tentaranya, janganlah Anda bersikap seperti Ayam, Kambing dan Lembu. Selamatkanlah mereka, ajaklah mereka berMUHASABAH. Ingatlah PENYESALAN itu datangnya di akhir, dan jangan sampai kita semua menyesal dan menanggung kerugian akibat Perangkap Tikus tersebut.





Friday, February 18, 2011

katak oh katak!!!!!!

Sekelompok katak sedang berjalan-jalan melintasi hutan.
Malangnya, dua di antara katak tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. katak-katak yang lain mengelilingi lubang tersebut.
Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut, mereka berkata pada kedua katak tersebut bahwa mereka lebih baik mati.

Kedua katak tersebut mengacuhkan komentar-komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Katak yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.
Akhirnya, salah satu dari katak yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata katak yang lain dan menyerah.
Dia terjatuh dan mati. Sedang katak yang satunya tetap meneruskan untuk melompat seboleh mungkin. Sekali lagi kerumunan katak tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja.
Dia bahkan berusaha lebih kencang dan akhirnya berhasil.
Akhirnya, dengan sebuah lompatan yang kencang, dia berhasil sampai di atas.
katak lainnya takjub dengan semangat katak yang satu ini, dan bertanya "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?"
Lalu katak itu (dengan membaca gerakan bibir katak yang lain) menjelaskan bahwa ia pekak.
Akhirnya mereka sedar bahawa saat di bawah tadi mereka dianggap telah memberikan semangat kepada katak tersebut.
Apa yang dapat kita pelajari dari ilustrasi di atas?
Kata-kata positif yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" justru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari. Sebaliknya, kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati hatilah dengan apa yang akan diucapkan.
Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit difahamii bahwa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berpikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.
Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit dari keputus-asaanya,
kejatuhannya, kemalangannya.
Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan spirit bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh.
So................ Please don't give up !!!
If you try to do the best thing,
must be some day...... you
can get all your dreaming of.



Thursday, February 17, 2011

(^_^)

SALAM semua!!!!!!
ptg ni skrg ni dan ketika ini.....saya sedang berada di atas tanah yang sangat2 subur,,,,,,disinilah saya menghabiskan sisa2 remaja saya demi untuk mengenal erti hidup yang sebenar,,,,,tq to umi dan abuya sbb hntar anakmu kesini......
>
>
hmm....
>
kalau di igt2 adala dalam setahun lebih gak saya tak jejak bumi wakafan ni......tak tau sbb pa...nak kata jauh ....tak gak...nak kata dkt....mmm.....agak dkt la jgk....tapi tula Allah tak izin utk sampai kesini.....
>
>
tp....
>
>
ALHAMDULILLAH wa SYUKURILLAH sangat2 sbb skrg dah ada kat bumi yg sangat2 subur ni
??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
knape erk saya kate tmpt ni subur?????????nak tau sebab pa??
>
sebab.................
>
>
disinilah lahirnye ramai insan2 yang hatinye sentiasa subur dgn benih2 iman yang mencambahkan takwa, InsyaAllah....
dan bumi ini telah dikenli sebagai,,,,,,,,,,MATRI,,,,,,,,
semoga hati2 ini akan menjadi da'i dan da'iyah yang akan membangunkan semula ISLAM di muka bumi ini,,
TAKBIR!!!!!!!!!!
>
Allahuakbar.......Allahuakbar.........Allahuakbar.........

Monday, February 14, 2011

hari kekasih>>>>valentine?????

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis‘ bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis From your Valentine.
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa valentine adalah sempena hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM!
Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
Semoga anda semua mengambil iktibar!!!

insan tanpa hati!!!!

semalam spt kebiasaan,setiap hari ahad pagi semua guru2 akan menghadiri Program Pembangunan Staf,,,, tujuan program ini diadakan adalah utk refresh semula guru2 kenapa mereka berada di sekolah ini...... kali ini big bos kami sendiri yg bg penyampaian....beliau menceritakan tentang seorang lelaki yg  takdak hati.....ish!!!! pening pala gak kmi pikir.....camna la org nak idop kalau takdak hati.....big bos kami tu nama hj ismail tp saya pgl pc mail je coz sblom ni dok kwn dgn anak dye......pc mail kata ada seorang hamba Allah ini tulis surat kat sorang ulamak ni .......dye gtau dye takdak hati(maksudnya hati ....ruh...)setiap kali dye wat kebaikan dye tak rasa pape pon.....bila solat lidah dok sebut kalimah Allah dgn mendayu2,,,seolah-olah tgh khusyuk dlm solat tp hakikatnya takdak rasa pape.....bila jumpa shbt yg dah lama tak ketemu... salam erat2 peluk kuat2 rasa cam bahagia bila jmpa balik tapi hakikat dan kenyataannya tak rasa pape pon....dan mcm2 lagi la.......dan akhirnya hamba Allah tu mntak la tlg kat ulamak tu camna nak kembalikan hati dye yang dah takdak tu......
>
>
>
>
tott.....tott....tott....
>
>
tau tak apa jawapan ulamak tu pada si Hamba ALlah tu??????
hehehe......
kalau nak tau jawapannya kene la baca buku yang bertajuk "MENJADI HAMBA RABBANI" tulisan seorang ikhwan tersohor>>>> u.MAJDI AL-HILALI.
TAK RUGI PUN BELI DAN BACA BUKU TU TAPI UNTUNG LAGI ADALA....UNTUNG DUNIA DAN AKHIRAT .... insyaAllah....byk ilmu yg akan diperoleh.....
.
.
.
okeyla,,,,,berbalik pada yg atas tadi tu,,,,knpa pc mail dye cite ttg seorang insan yg takdak hati??????
nape ye????
sbenarnye,,,pc mail nak kaitkan dgn hakikat sebagai seorang guru,kita sbg guru dalam nak mendidik pewaris2 ISLAM,, perlu sediakan hati....jika kita mengajar dalam kelas tanpa bawa hati maka kosongla....sia-siala jadinya......jadi sblom mai skolah,sblom masuk kelas.....perlunya siapkan hati kita dulu.....mind dan heart set dulu tujuan kita sbg seorang mualim,murabbi.....InsyaAllah dgn AMAL kita yg sedikit itu akan membuahkan hasil yg berjuta kali ganda lebih baik......
p/s>>>>>doa adalah senjata org mukmin yg paling hebat....

PayBox

PayBox

Saturday, February 12, 2011

seseorang yang aku rindui....

aku merindui seseorang yang sangat berjasa padaku pada ibubapaku pada familyku dan pada semua org. jasanya telah membawa kami utk kenal erti hidup yang sebenar,betapa mulianya hatinya kerana sanggup mempertaruhkan jiwa dan raga semata-mata utk melihat manusia ini kenal erti hidup,dan tidak pernah meminta balasan atas setiap pengorbanan yang dilakukan.DIAlah MUHAMMAD,kekasih ALLAH,YA ALLAH moga kau terima aku sebagai umat kekasihmu.....

KELAS

esok da mule kje......hmm....rse x smangat la plak......sepatutnye umo cam saya ni msh d ipt lagi tapi saya dah kje,jd cg plak tu,pastu pgg subjek berat,,,,taktau la saya blh bwk ke tak.....saya diberi amanah utk ajar subjek science tahun6,science tahun5,math tahun2 dan sains tahun1......dah la masih dok pening dgn section b.....camna nak jwb inference,hypothesis conclusion n mcm2 la.......budak2 plak byk yang blurr......lg la pening pala ........tapi satu jela yg saya pegang skg ni>>>>>>>>jgn lupa mohon doa pd ALLAH.....coz pape pon Allah yg tentukan kita hanya mampu usaha shja......dan hakikat yg kne tau kuasa doa lebih hebat dr segala-galanya......wallahu'alam.......
p/s>>>>>esk start kje kul 8pg sampai kul 4.15ptg pastu wat tuisyen sampai kul 6ptg....

baru tau:(

hmmm.......baru saya tau rupanya saya x suka mnulis......saya rasa menulis ni leceh....nak cri idea susun ayat mmg payah....sblom ni dok baca blog org rse best je rse cam syok je depa dok tulis berjela2 tapi bila dah ada blog sndiri rse cm malas je nk update....adoyai.....kadang tu saya rse cam saya la cikgu yg paling trOk skali kat dunia......byk bnde yg masih saya tak tau......

Tuesday, February 1, 2011

camne ye????

assalamu'alaikum dan selamat malam semua!!!!!
hmmm......taktau la nak tulis ape coz byk sangat yang nak fikir sampai jadi serabut.......



"ASTAGHFIRULLAHAL'ADZIM...........teringat firman Allah dalam surah AL-'ASR
Allah bersumpah demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian............
bila fikir-fikirkan balik mmg btol semua manusia hidup dalam kerugian......yela cuba tgk >>>kat shopping mall ke,kat kdai makan ke,kat pjabat pos ke,kat hspital ke kat mana-mana la......pasti ada manusia dgn pelbagai ragam dan macam2 perangai........kebanyakan mereka menjalani hidup seperti biasa dan ada juga yang luar biasa.......mereka belajar,bekerja,beli keta,beli rumah,kahwin,dapat anak,dapat cucu.....,,,,,,,,,,,dan akhirnya????????????????????????????????????MATI....masuk kubur.....tinggal sorang2 dalam kubur xde sape teman.........habis harta yang dikumpul tinggal camtu je......."
>
>
>
sedikit petikan tadi adalah apa yang saya kongsikan dengan murid2 saya sebelum memulakan kelas......saya berhenti sampai situ dan meminta mereka berfikir adakah mereka mahu hidup seperti itu juga......dan saya akan sambung cerita selepas sesi pengajaran.
>
>
setelah selesai pengajaran seorang murid mengangkat tangan dan bertanya....."cikgu,orang cikgu ceritakan tadi tu bila dah masuk kubur kena seksa ke?"
>
saya hanya tersenyum sahaja.....xdan saya nak bersuara murid itu bertanya lagi......"abes tu kita kena wat camna bagi tak jadi orang yang rugi??"
>
saya pon sambung la baca makna yang seterusnya dari Surah Al-'Asr
>
kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.....ini bermakna hanya orang yang beriman dan beramalsoleh sahaja yang takkan rugi.........
> hakikatnya apa yang kita buat jika diniatkan semata-mata kerana Allah dikira sebagai amal soleh yakni ibadah......tidur itu ibadah,makan itu ibadah,main itu ibadah,dana apa yang kita buat dari bangun tidur hingga kita tidur merupakan ibadah jika dibuat niat kerana Allah.....InsyaALLAH...

p/s>>>>>mulakan apa2 dengan BISMILLHIRRAHMANIRRAHIM....