CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Langit Ilahi Store

Friday, August 19, 2011

berlalunya fasa rahmat...

salam ramadhan semua !!!!

hari ini nak kongsi sikit ilmu tentang rahmat,baru2 ini adik saya ada tanya,apa dia rahmat yang kita dah dapat sepanjang 10 awal ramadhan ni dan apa beza antara "rahmat" dan "nikmat", bila di tanya macam tu baru la mula terfikir,apa yang di maksudkan dengan rahmat.

APA ITU RAHMAT?

Rahmat adalah kasih sayang Allah. Apabila Allah mencipta dunia, dicipta bersamanya 100 rahmat. Allah hanya menurunkan satu rahmat ke dunia dan 99 rahmat lagi ditahan Allah di akhirat. Satu rahmat inilah yang membolehkan kita bergerak, bernafas, melihat kebesaran Allah dan segalanya.


Syariat Allah adalah rahmat dari Allah disampaikan melalui Rasulullah s.a.w. Perutusan Rasulullah s.a.w adalah rahmat kepada manusia dari Allah.



Allah berfirman, “Aku tidak mengutuskan kamu (Muhammad) melainkan memberi rahmat kepada seluruh alam.”


Hikmah Allah menurunkan peraturan hidup kepada manusia agar setiap detik dalam hidup manusia mendapat pahala dan dijadikan ibadah. Tidak mungkin kita akan mendapat pahala sekiranya hidup kita tidak berjalan mengikut hukum Allah. Sedangkan usia kita semakin lanjut, namun sayang sekali ia dilalui tanpa dikira sebagai ibadah.

“Apakah yang paling jauh?” “Masa yang telah berlalu yang mana tidak mungkin akan kembali.” Imam Ghazali.



p/s >> kita dapat masuk syurga bukan hanya dengan pahala yang kita kumpul tetapi yang utamanya adalah dengan rahmat Allah...

syaitan kena penjara

satu pagi di bulan ramadhan 1432

seorang budak dalam lingkungan umur 7 tahun sedang menguap.

umi : cik,tutup mulut tu masa menguap.
cik : mana ada setan masa bulan puasa la umi...
umi : ?????

selepas berbuka puasa di bulan ramadhan 1432

dua orang adik beradik along dan acik sedang bergaduh berebutkan mainan,mereka bergaduh sehingga bertumbuk-tumbuk,si ibu datang dan meleraikan pergaduhan tersebut....selepas beberapa ketika si ibu mendekati sang anak...

umi : along,acik kan sekarang ni bulan puasa syaitan takde tapi kenapa anak-anak umi bergaduh juga?
cik : hawa nafsu la umi...
umi : ???