Monday, January 30, 2012
tak pernah siap kerja sekolah
Aiman seorang murid tahun Dua baru pulang dari sekolah.setelah membersihkan diri,dia menuju ke ruang makan untuk makan tengah hari bersama ibunya.Sambil makan ibunya bertanya tentang persekolahannya pada hari tersebut.
Ibu : Aiman,bagaimana di sekolah hari ini?
Aiman : Alhamdulillah,ok je ibu...
Ibu : Aiman belajar apa hari ini?
Aiman : Hari ni belajar sikit je,belajar matematik tapi tak siap lagi.
Ibu : Apa yang tak siap?kerja sekolah ke?
Aiman : ye,ibu
Ibu : Kenapa Aiman tak siapkan?Kerja sekolah tu susah ke?
Aiman : tak susah ibu,Aiman boleh jawab semuanya.
Ibu : ???? (kehairanan) jadi, Apa maksud Aiman yang tak siap kerja sekolah tu?
Aiman : emmm.....macam ni maksud Aiman,kan esok pergi sekolah lagi lepas tu belajar lagi lepas tu buat kerja sekolah lagi,lusa pun macam tu juga,tulat pun sama juga,lepas Aiman habis sekolah rendah,masuk sekolah menengah pulak,belajar lagi,buat kerja sekolah lagi,lepas habis sekolah menengah masuk universiti pulak,jadi mana pernah siap kerja sekolah......
si Ibu terdiam dan tergamam akan penjelasan si anak,selang beberapa saat,dia tersenyum sendirian, bukankah ada kata-kata yang berbunyi
"MENUNTUT ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD"
>Hakikatnya menuntut ilmu ini tidak pernah selesai hinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir<
Monday, January 2, 2012
BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR
Bismillahirrahmanirrahim,
Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya; “Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.” Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat. Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan. Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran: Maksudnya: “Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13) Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja. Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua. Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya. Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya. Firman Allah : Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7) Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk ‘cover’ balik apayang dikorbankan ke jalan Allah itu. Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah. Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya. Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah. Fahamlah kita sekarang, bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar. http://baitulkasih.org.my/Syukur_Sabar.htm |
Tuesday, December 13, 2011
Story Of Al-Haqq and Al-Batil
One day al-Batil walked along with al-Haqq. Al-Batil started the conversation by saying :
"I am high headed than you" (with full pride)
al-haqq replied : I am more firm-footed than you (with full humbleness)
al-batil reacted : I am stronger than you
al-Haqq responded : I am more everlasting than you
al-batil retaliated : With me all the powerful and wealthy people
Al-Haqq reminded him with a Qur'anic ayah from surah Al-An'am:123
"And thus we have set up in every town great ones of its wicked people to plot there in. but they plot no except against their own selves and they perceive (it) not"
al-Batil furiously reacted : I can kill you now
al-Haqq responded : But don't forget my children will kill you later.
(Quoted from "This is what Life had Taught me" by Mustafa Siba'iy)
cchb 1011/cchs 1011
Saturday, December 10, 2011
jadikan SERANGGA sebagai MAKANAN
Baru-baru ni masa mid term,salah satu topik yang saya dapat ialah 'SERANGGA SEBAGAI SNEK HARIAN'
First2 baca tajuk tu tekak ni rasa loya semacam je....huhu, tapi untuk pengetahuan semua,sebenarnya memang terdapat di beberapa negara yang rakyatnya menjadikan SERANGGA sebagai snek harian....
Yang lebih mengejutkan lagi adalah bahwa serangga mengandungi protein yang sangat tinggi. FAO PBB sendiri telah menyusun rencana untuk mempromosikan serangga sebagai makanan manusia yang bernutrisi tinggi. beberapa hal yang mendorong FAO untuk melaksanakan program ini adalah kerana FAO menganggap penternakan serangga adalah langkah menuju keamanan makanan, dan dapat membekal nutrisi kepada manusia.
Berikut ini adalah contoh Informasi Nilai Gizi beberapa jenis serangga yang ada di sekitar kita
1. Belalang Kecil
untuk setiap 100 gram
Kalori :153
Lemak Total : 6.1 g
Fosfor : 238 mg
Zat Besi : 5 mg
Kalsium : 35 mg
Karbohidrat : 3.9 g
Protein : 20.6 g
2. Kumbang Air Raksasa
untuk setiap 100 gram
Kalori :62
Lemak Total : 8.3 g
Fosfor : 226 mg
Zat Besi : 14 mg
Kalsium : 44 mg
Karbohidrat : 2.1 g
Protein : 19.8 g
3. Telur Semut Rangrang
untuk setiap 100 gram
Kalori :83
Lemak Total : 3.2 g
Fosfor : 113 mg
Zat Besi : 4 mg
Kalsium : 8 mg
Karbohidrat : 6.3 g
Protein : 7 g
4. Jangkrik
untuk setiap 100 gram
Kalori :112
Lemak Total : 5.5 g
Fosfor : 185 mg
Zat Besi : 10 mg
Kalsium : 76 mg
Karbohidrat : 5.1 g
Protein : 12.9 g
Sumber: Julieta Ramos-Elorduy, Creepy Crawly Cuisine
National Geographic September 2010
Wednesday, December 7, 2011
Monday, December 5, 2011
perniagaan yang PASTI untung
Kalau sebut pasal perniagaan, mesti ramai yang terbayangkan duit? Dan ada juga yang akan fikir kalau berniaga mesti akan kaya kan? Tapi, ada juga yang akan fikir, "aku ni mana ada modal, nak meniaga mana boleh" dan juga akan ada suara yang mengatakan, "tak mahu la meniaga ni, nanti kang rugi pulak". Tapi yang pastinya, ramai yang ingin memulakan perniagaa kerana hasil yang kan kita dapat, iaitu DUIT. Yelah, zaman sekarang ni, semua benda perlukan duit.
Dan, hakikatnya, ramai yang berminat bilamana mendengar tentang perniagaan yang menguntungkan, malah teruja bilamana keuntungan yang ditawarkan berlipat-lipat ganda.
Hari ini saya hendak kongsikan satu peluang perniagaan yang amat menguntungkan. Perniagaan yang di jamin akan keuntungannya.
Allah swt berfirman di dalam surah As-Saff ayat 10-11 maksudnya,
(10) Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(11) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Dalam ayat ke 10 itu ia adalah wasiat dan panduan serta bimbingan dari Allah Yang Maha Penyayang untuk hamba hamba-Nya yang beriman tentang perniagaan yang paling agung iaitu perniagaan yang dapat menghindarkan mereka daripada azab yang sangat pedih dan memperolehi pulangan nikmat yang paling istimewa.
Wasiat ini disampaikan oleh Allah dalam bentuk tawaran. Ini menunjukkan bahawa perniagaan yang dimaksudkan itu adalah sesuatu yang menarik minat sesiapa yang mahu mengambil iktibar dan bagi orang yang mahu memikirkannya. Jadi seolah olah Allah ingin bertanya: Perniagaan apakah yang sedemikian hebat pulangannya itu? Lalu Allah sendiri menjelaskannya:
(11) (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan hartamu dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.
- Maka dengan itu Perniagaan yang sangat hebat pulangannya ialah:
1. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
2. Berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa.
Sebagaimana kita maklum bahawa iman yang sempurna ialah keyakinan yang teguh terhadap kebenaran Allah dan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Rasul-Nya. Keyakinan yang membuahkan amalan anggotanya. Keimanan yang sebenarnya akan mendorong seseorang untuk berjihad di jalan Allah, apakah dengan harta ataupun dengan jiwanya.
Al Jihad Fi Sabilillah sangat banyak jenisnya. Jangan kita ingat hanya Jihad berperang sahaja. Antara maksud Jihad ADALAH Jihad melawan musuh di medan pertempuran untuk membela dan menegakkan agama Allah, jihad terhadap diri sendiri dengan melawan kehendak nafsu syahwat yang liar, jihad di antara diri dengan makhluk lain seperti menghindarkan sifat tamak terhadap harta orang lain (khianat, menipu, mencuri dll), tetapi sebaliknya hormat, berlemah lembut, pemurah terhadap mereka, jihad diantara dirinya dengan dunia iaitu agar dunia jangan sampai menguasai dirinya. Dia akan sentiasa waspada terhadap pendapatan (income) dari sumber yang haram, dia tahu kemana hartanya mesti dinafkahkan, samada nafkah wajib seperti mengeluarkan zakat, menyara tanggungan seperti isteri dan anak anak ataupun nafkah sunat seperti sedekah.
Jihad berasal dari kata " Juhd " iaitu masyaqqah yang maknanya sukar atau susah. Sedangkan Sabillillah maksudnya jalan yang akan membawa seseorang kepada keredhaan Allah. Jadi maksud Al Jihad Fi Sabilillah ialah amal salih atau segala bentuk usaha atau kesungguhan yang dilakukan dengan tujuan semata mata untuk mencapai keredhaan Allah.
" Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui ". dalam ayat 11 di atas maksudnya: Iman dan jihad adalah lebih baik bagi kamu daripada segala sesuatu yang ada dimuka bumi ini samada jiwamu, hartamu ataupun anak anakmu sekiranya kamu orang yang faham, berakal waras dan mempunyai wawasan yang jitu. Sebab hakikat sesuatu kebaikan adalah sangat tergantung pada kebaikan kesudahannya bukan hanya pada pemulaannya.
Atas sebab inilah mengapa pada ayat berikutnya Allah dahulukan ganjaran ukhrawi kemudian barulah disusuli oleh ganjaran duniawi. Jadi perniagaan tersebut menghasilkan beberapa faedah, iaitu faedah yang segera dan faedah yang ditangguhkan. Di dalam ayat di atas Allah dahulukan dengan faedah yang ditangguhkan di akhirat nanti iaitu:
(12) Nescaya Allah akan mengampuni dosa dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Maksudnya: Jika kamu lakukan perniagaan diatas iaitu dengan sentiasa memantapkan iman dan berjihad di jalan Allah nescaya Dia akan hapuskan semua kesalahanmu, memasukkan kamu ke dalam syurga-Nya dan ditempatkan di suatu tempat yang paling indah dan istimewa yang menjadi idaman setiap insan yang waras. Mereka kekal abadi di dalamnya. Inilah keuntungan yang hakiki (sebenarnya). Dan kemudian Allah susuli pula dengan pulangan segera di dunia ini, iaitu:
(13) Dan (ada lagi) kurnia atau nikmat yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang beriman.
Selain dari ganjaran yang ditangguhkan di akhirat, mereka juga akan dianugerahkan oleh Allah dengan ganjaran segera di dunia ini iaitu berupa pertolongan Allah untuk mengalahkan musuh musuhmu dan mendapat kemenangan atau penaklukan negeri negeri baru sehingga akan tegaklah hanya agama Allah di muka bumi ini.
Allah SWT akan senantiasa bersama mereka dalam segala usaha dan perjuangan mereka untuk menegakkan agama Allah. Ini adalah permulaan berita gembira untuk mereka yang beriman dan berjihad di jalan Allah.
Atas sebab itulah Allah menyuruh kita agar menjadi penolong-Nya dalam setiap waktu. Jangan menjadi manusia pemalas hanya pasrah tidak berusaha untuk menegakkan kebenaraan, jangan takut menyatakan dan membela kebenaran (Al Haq) walaupun pahit padahnya. Kita mestilah mempunyai prinsip bahawa redha Allah adalah mengatasi segala galanya, walaupun untuk mencapainya kita terpaksa berhadapan dengan kemurkaan dan cacian semua makhluk di muka bumi ini.
Allah pasti menolong hamba-Nya yang berusaha menegakkan agama-Nya sebagaimana Allah telah menolong pengikut pengikut setia Nabi 'Isa Alaihis Salam.
(14) Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut pengikutnya yang setia: Siapakah yang akan menjadi penolong penolongku (untuk menegakkan agama Allah)? Pengikut pengikut yang setia itu berkata: Kamilah penolong penolong agama Allah. Lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang orang beriman terhadap musuh musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.
Dalam ayat ini selain Allah menyuruh kita agar menjadi penolong-Nya, juga Allah berjanji akan membantu kita dalam menghadapi setiap cabaran dan tantangan dari pihak musuh yang membenci ajaran yang dibawa oleh Rasul-Nya. Ini sebagaimana pertolongan dan kemenangan yang Allah anugerahkan kepada pengikut penyikut setia Nabi 'Isa Alaihis Salam.
Allah SWT. menceritakan dalam ayat diatas bahawa Bani Israil terbahagi menjadi dua puak dalam menghadapi tawaran Nabi Isa tersebut. Ada puak yang beriman dan ada pula puak yang kafir (ingkar). Dan menurut sejarah bahawa puak yang ingkar itu terbahagi lagi menjadi dua puak: (1) Puak yang menentang ajaraan Isa dan menuduh beliau dan ibunya telah melakukan perbuatan terkutuk (zina). Ini sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi, (2) Puak yang melampau memuji Nabi Isa sehingga mereka beranggapan Isa adalah anak Allah.
Kisah ini seolah olah memberi isyarat supaya kita umat Nabi Muhammad SAW jangan sampai bersikap demikian terhadap baginda SAW. Kita mestilah " i’tidal " dalam segala hal, tidak " tatarruf ’ yakni mengurangi kedudukannya dan tidak pula " itraaf " yakni melampaui kedudukan yang telah Allah berikan padanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)










