CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Langit Ilahi Store

Thursday, March 17, 2011

wajah-wajah SeRU.....








HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010




MAULIDUR RASUL




2 RAHMAH






KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH




ZOO MELAKA

Thursday, March 10, 2011

Pewaris 2011

jawatan kosong!!!!!!!!

dikehendaki segera.....................terbuka pada semua..........

Friday, March 4, 2011

syaitan tolong??????

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

Aku adalah Syaitan

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :
Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tsbt .


Thursday, March 3, 2011

telur sebiji riuh sekampung

assalamu'alaikum dan selamat petang semua!!!!!
hari sekolah saya ada wat kejohanan sukan tahunan sekolah....dah 2 minggu budak2 latih.....kat sekolah saya just ada 3 rumah sukan je.....rumah biru,rumah hijau dan rumah kuning......dan ada acara olahraga dan juga sukaneka.....tahun ni rumah kuning dapat johan keseluruhan diikuti rumah biru dan rumah hijau.....
acara2 yg dipertandingkan pun mcm biasa jela....lebih kurang cam sekolah2 lain gak tapi yg uniknya ada acara "telur sebiji riuh sekampung"

acara ni btol2 mencuit hati para penonton dan juga para guru.....

dalam acara ni peserta A akan diikat satu kotak berlubang di pinggang dan peserta lain akan memasukkan bola pingpong kedalam kotak tersebut seterusnya peserta A perlu menggodek-godek kotak tersebut hingga kesemua bola pingpong itu jatuh......sape yg habis dulu dikira pemenang.......

^_^

Friday, February 25, 2011

ibuku pembohong!!!!!

Untuk renungan kita bersama



Memang sukar utk orang lain percaya, tapi itulah yg berlaku. Ibu saya memang seorang

 pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala  pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua....

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya dilahirkan sebagai  seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan  minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya  selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor  ikan masin dikongsi 1 keluarga.

Sebagai anak yg masih kecil, saya sering saja merungut. Saya  menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi ibu cepat  memujuk. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian  nasinya utk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya,  ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar, ibu yg gigih sering meluangkan waktu  senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan  sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik. Pulang memancing, ibu memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, ibu  duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang  menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg sy makan tadi.

Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IYANG KEDUA.

Di awal usia remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke  kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan saya, abang dan kakak. Suatu  dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya  melihat ibu sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di  hadapannya.

Beberapa kali saya lihat kepala ibu terhangguk kerana terlalu  mengantuk. Saya berkata: "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu  tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan  penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai  menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu  sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini  dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan  cawan saya itu untuk ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu  cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, ibu tak haus."
- PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT

•Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru  beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di  kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan

•Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami  semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang  semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu ibu. Anehnya, ibu menolak  bantuan itu.
      Jiran-jiran sering menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga ibu dan mencarikan wang untuk kami  sekeluarga. Tetapi ibu yang memang keras hatinya tidak  mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

•Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat saja di  rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang  mata untuk mencari duit.
\Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi pasar setiap pagi menjual  sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan  abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang  untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang  tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu, dan ibu berkata: "Jangan susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai  sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi  dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat  yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar Negara.

•Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan  pula.

•Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu  menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

•Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya  menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat  ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani  pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.

•Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku  kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci  tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu  telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah  dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.

Saya cium tangan ibu, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam  keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN. •Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir  kali....
•
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh  memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya  nanti, dan berkata: "IBU, SAYA SAYANGKAN IBU."

•Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN IBU...

Renungkanlah.....!!



Wednesday, February 23, 2011

jika kamu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Jika kamu terlalu bangga dengan kehebatan ilmu yang kamu miliki, ketahuilah bahawa ia hanya sedikit sahaja dari ilmu yang Allah berikan berbanding dengan ilmu (mukjizat) yang diberikan pada Nabi Musa a.s yang membelah lautan serta menjelmakan ular yang besar dari tongkatnya..
.......................................................................................................................................................................
Jika kamu terlalu bangga dengan kekayaan harta dan kemegahan istana atau rumah-rumah yang kamu miliki, ketahuilah bahawa ia hanya sedikit sahaja dari kekayaan dan kemegahan istana yang Allah berikan pada Nabi Sulaiman a.s, malah Nabi Sulaiman a.s diberi kuasa mengawal angin dan jin serta boleh berkata-kata dengan semua makhluk Allah..
.......................................................................................................................................................................
Jika kamu rasa terlalu bangga dengan kekacakan yang ada pada dirimu atau pada kekasihmu, ketahuilah ia hanya sedikit sahaja dari kekacakan yang Allah berikan pada Nabi Yusuf a.s.
....................................................................................................................................................................