CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Langit Ilahi Store

Monday, June 6, 2011

JANGAN JADI HINA SEBAB MISKIN

Suatu hari,seorang pemuda tergesa-gesa memasuki sebuah restoran kerana kelaparan sejak dari pagi belum sarapan. Setelah memesan makanan, seorang budak penjual kuih menghampirinya, "pakcik, beli kuih pakcik, masih panas dan sedap rasanya!"
"Tidak Dik, saya nak makan nasi saja," kata si pemuda menolak.
Sambil tersenyum si anak pun berlalu dan menunggu di luar restoran.
Melihat si pemuda telah selesai menyantap makanannya, si anak menghampiri lagi dan menunjukkan kuihnya. Si pemuda sambil menuju ke kaunter hendak membayar makanan berkata, "Tidak Dik, saya sudah kenyang."
Sambil terus mengikuti si pemuda, si anak berkata, "Kuihnya boleh dibuat oleh-oleh pulang,pakcik."
Dompet yang belum sempat dimasukkan ke poket pun dibukanya kembali. Dikeluarkannya dua ringgit dan ia memberi kepada anak penjual kuih. "Saya tidak mahu kuihnya. Duit ini anggap saja sedekah dari saya."
Dengan senang hati diterimanya duit itu. Lalu, dia bergegas ke luar restoran, dan memberikan duit pemberian tadi kepada pengemis yang berada di depan restoran.
Si pemuda memerhati dengan saksama. Dia merasa hairan dan sedikit tersinggung. Ia langsung menegur, "Hai adik kecil, kenapa duitnya kamu berikan kepada orang lain? Kamu jual kuih kan untuk mendapatkan duit. Kenapa setelah duit ada di tanganmu,kamu berikan kepada si pengemis itu?"
"pakcik, saya minta maaf. Jangan marah ya. Ibu saya mengajarkan kepada saya untuk mendapatkan duit dari usaha dan atas jerih payah sendiri, bukan dari mengemis. Kuih-kuih ini dibuat oleh ibu saya sendiri dan ibu pasti kecewa, marah, dan sedih, jika saya menerima duit dari pakcik bukan hasil dari menjual kuih. Tadi pakcik bagitau, duit sedekah,jadi duitnya saya berikan kepada pengemis itu."
Si pemuda merasa takjub dan menganggukkan kepala tanda faham. "Baiklah, berapa banyak kuih yang kamu bawa? Saya beli semua untuk oleh-oleh." Si anak pun segera mengira dengan gembira.
Sambil menyerahkan duit si pemuda berkata, "Terima kasih Dik, atas pelajaran hari ini. Sampaikan salam saya kepada ibumu."
Walaupun tidak faham tentang pelajaran apa yang dikatakan si pemuda, dengan gembira diterimanya duit itu sambil berucap, "Terima kasih, pakcik. Ibu saya pasti akan gembira sekali, hasil kerja kerasnya dihargai dan itu sangat bererti bagi kehidupan kami."
===================================================
Ini sebuah ilustrasi tentang sikap perjuangan hidup yang POSITIF dan TERHORMAT. Walaupun mereka miskin harta, tetapi mereka kaya mental! Menyikapi kemiskinan bukan dengan mengemis dan minta belas kasihan dari orang lain. Tapi dengan bekerja keras, jujur, dan membanting tulang.
Jika setiap manusia mahu melatih dan mengembangkan kekayaan mental di dalam menjalani kehidupan ini, lambat atau cepat kekayaan mental yang telah kita miliki itu akan mengkristal menjadi karakter, dan karakter itulah yang akan menjadi embrio dari kejayaan sejati yang mampu kita ukir dengan gemilang


sumber>>Cerita motivasi

Thursday, May 26, 2011

cerita umi

salam semua,
alhamdulillah esok sya akan pulang ke rumah,
semoga perjalanan pulang ini sentiasa dalam rahmat ALLAH taala :)
.
.
.
ntah la....tetiba teringat plak kat umi,teringat pesan2 umi...nasihat umi ;)
penah skali tu sy sembang2 ngan umi,dok sembang la dr satu tajuk ke tjuk lain,kmudian ntah cmna umi blh sentuh bab muraqabatullah(merasai bahawa Allah sentiasa memerhati,mengawasi kita),umi cite la penah skali, mse tu nek keta nak pi hntar adik blik ostel,pastu buya pi la stesen minyak nak isi minyak,...sambil dok tunggu isi minyak tu,pi la kluar sat nak pi bli mknan sket utk adek,tetiba nampak la sorang budak laki ni (umo lbih kurang 6 atau 7 tahun)dok menari terkinja2 cam rse bahagia sgt2 je(rse pelik la jgk coz tak penah lg la tgk ade org buat konsert kat stesen minyak :),umi senyum jela,pastu buya pi tegur la "wah,seronoknya pakcik tgk adik ni!",tiba2 budak tu berhenti dan dgn selambenye cakap,"mse ni la blh tunjuk skill,kalau kat umah tak blh sebab nnt ayah marah...."
.
.
p/s>>sejak kecil lg perlu tanamkan dalam diri setiap anak untuk takut pada ALLAH bukan takut pada IBUBAPA

Wednesday, May 25, 2011

gagal lagi??!!

salam semua,
hari ni nak cite sket pasal apa yg jd kat skolah td...sblom tu nak gtau dulu,minggu ni ialah minggu exam,dan hari ni ada exam science,saya kne jga klas tahun 5,pening kepala jgak sbb rmai student yg taktau nak jwb terutamanya sec B...
.
.
.
start exam kul 8.15pg dan habis 1jam 15 mnt kemudian iaitu 9.30pg,saya ajar science tahun 1 dan 5 dan 6 .......
slpas 1jam 15 mnt tu maka mai la 3 set soalan peksa tu atas meja saya,dan mse tu mmg pkir nak mark paper tahun 6 dulu,(tahun peperiksaan katakan,UPSR) mse tu dok harap takde la yg gagal coz peksa sblom ni 2 org gagal....
.
.
.
mse nak mark tu mmg sy dah cari dlu paper student2 yg fail exam sblom ni,dok harap la depa lulus kali ni....
:)
:)
:)
TAPI
:'(
:"(
:'"(
depa tetap camtu gak,dua dua dpt gagal lg malahan markah depa lebih trok dr sebelum ni...
dlu dpt 39% tp kali ni dpt 34%
.......
.....
....
(mse tu rse sdih sgt,rse mcm diri ni tak reti nak mengajar....)
dan mse tu jgk sy tros pi klas taun 6 n jmpe la dgn student tu,dalam hati ni mmg rse cam nak marah je tapi sbg seorang guru dan terutamanya seorang murabbi tak patut nak marahkan student camtu je,first sy tanya dia faham tak apa yg sy ajar selama ni,dia diam ja...pastu saya tanya lagi dia boleh baca dah ke?coz rsau gak kot2 la dia tak boleh baca lg,tu yg tak blh jwab soalan science ni...tapi dia kata dia blh baca dah,saya pon try la suruh dia baca satu dua ayat n mmg dia blh baca....pastu saya ambil soalan science td dan terangkn secara personal n detail camna nak jawab soalan2 yg diberi.....saya ulang byk2 kali bg dia faham,pastu saya suruh dia buat latihan lain nak tgk dia fhm ke tak....alhamdulillah dia blh jawab,,,(student ni dr segi akhlak dia ok,tak bermasalah tapi dia agak lambat dr segi nak menguasai ilmu dan satu masalah dia ialah kalau dia taktau dia malu nak tanya...dan student ni juga bkanlah dalam golongan keluarga yg susah,sebaliknya orang yg sangat berada,kedua ibubapanya adalah org bisnes dan baik dgn pihak sekolah....)
......dan petang tu saya msuk ke kelas tahun 6,sblom memulakan perbincangan paper science saya ingatkan mereka supaya tidak tinggalkan solat dan buat juga solat2 sunat,selain tu sy sarankn mereka agar sentiasa berdoa agar Allah lapang dan terangkan hati kerana hati yg gelisah ilmu tidak akan masuk padanya dan akhir skali mntak mereka berhati2 dalam pemakanan,kerana memakan benda yg tak berkhasiat akan melemah kan ingatan....

p/s>>>kejayaan itu dtg dr ALLAH

Sunday, May 22, 2011

mari belajar SAINS.

tentang pantulan dan pembiasan cahaya....



&.....indahnya warna.....


semoga bermanfaat.....

ahad ini...

salam semua....
hari ni hari ahad,kat kdah hr ahad hr kje....n hr ni adalah hr first mgu peperiksaan pertengahan tahun 2011 SeRU (PPT)biasanye kat SeRU budak2 balik pkul 4.00 ptg tp mgu ni blik pkul 1.00 tgh hri,so kelibut skit la rini...rmai waris yg taktau balik awal,pihak skolah dah bg surat n dah umumkan mse assembly,tp rmai lg budak2 yg tak fhm,ada yg bg surat tp waris tak baca abes,ada yg tak bg langsung surat,dok wat pekasam kat dlm beg n mcm2 lg la.....n hr ni gak ofis SeRU talian busy,waris dok cOl tanye ank2 depa blik kul bpe.....:)
.
.
.
.
bila sy tgk situasi cmni,sy pun terfikir la....kita sbg manusia ni mmg cpt n mudah sgt terlupa,kdg tu dh peringat byk kali tp kdg tu dok lupa jgk,itulah sebabnya ALLAH ciptakan kita,manusia hidup secara berjemaah,agar sama2 saling ingat memperingati,dan saling tolong menolong.....

p/s>>> menjadi pendidik sebenarnya kita juga terdidik :)

Saturday, May 21, 2011

selamat hari guru

SALAM semua......harap saya masih belum terlambat utk wish selamat hari guru pada semua guru2 saya dr tadika sampai la stam...
.....tadika amal
.........sekolah kebangsaan gombak setia
.............matri
.
.
.
.........and especially to my parent plus my aunt......mereka adalah guru pertama saya....yg mencorakkan hidup saya kini.....terima kasih kerana mengenalkan saya pada ISLAM.......
.......mse sek rendah dulu,saya mmg takkan terlepas utk bg hadiah kt cg saya.....sy rse sedih sgt2 kalau tak dpt bg hadiah kt cg terutamanya cg klas....(biasa la budak2).
        dan memori yg paling sy igt skali ialah mse darjah 6,sy btol2 taktau nk bg hadiah apa pd cg mse tu....ajak umi pi beli...umi busy.....abuya pun busy gak....last2 tu saya tanye kat mcik saya nk bg hadiah ape?coz kalau pi skolah tak bawak hadiah rse malu.....pastu mcik sy bg la satu benda ni.....WOW!!!!mahal hargenye(rm45),tp sy malu nk bg hadiah tu,mcik sy kte nak malu watpe bknnye org tau coz kita balut hadiah tu.....pk punye pk btol gak ckp mcik aku ni,so saya pon ambil la brg tu n balut cantik2,esk bg kat cg tu dgn harapan cg tu tak akan bkak mse kat skolah.......dan...saya rse lega sgt coz dpt gak bg hadiah kat cg taun tu (darjah6).....(dan itulah hadiah hari guru yg terakhir sy bg,naik skolah menengah tak penah dah bg hadiah.....)
skrg ni rse nyesal gak,nape la sy tak penah terpk nak bg hadiah kt cg2 mse kat matri....mse tu sy slalu bg alasan,xdan nak bli hadiah coz dok hostel....
:(
:(
:(
YA ALLAH,KAU RAHMATILAH MURABBI2KU INI WALAU DIMANA MEREKA BERADA,
SEMOGA MEREKA MENDAPAT HUSNUL KHATIMAH.....

p/s hadiah tu ialah compact powder ;)